Powered By Blogger

Ahad, 10 Januari 2010

buat remaja

Assalamualaikum…

Remaja sering dikaitkan dengan seorang yang bermasalah.Kenapa remaja selalu di cop pembawa masalah.Selain itu remaja zaman sekarang sering kali dikaitkan juga sebagai yang rosak akhlaknya,maksiat sana,maksiat sini.

Disini saya bukan ingin mencari salah siapa,cuma saya ingin semua pihak cuba membuka mata kerana gejala sosial remaja zaman sekarang semakin lama semakin teruk..

Kita cukup sedih apabila kita melihat rangking yang tertinggi ahli penjara adalah orang Islam dan juga melayu sendiri berbanding bangsa lain serta agama lain..Pelbagai masalah remaja hadapi sehingga tidak terkira jumlahnya..

Saya seorang remaja dan saya memahami perasaan remaja dan semua orang tahu diperingkat remaja ini adalah peringkat yang ingin tahu dan ingin mencuba.Cuma yang menjadi masalah adalah pencubaan yang melanggar syariat Allah.

Disini saya mengajak sesiapa sahaja yang menbaca penulisan saya yang tidak seberapa ini membuka hati masing-masing.Adakah kita mahu remaja di cop bermasalah sehingga selama-lamanya.?Mungkin selepas ini zaman remaja meninggalkan kita tetapi bagaimana pula anak-anak kita nanti,adik2 kita..Jadi fikirkan lah wahai kawan-kawan,berubahlah,,bertaubatlah kerana Allah maha pengampun lagi maha penyayang..

Disini kita sebagai remaja ada kelebihan disisi Islam kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada Pemuda/di yang beriman.Jadi sahabat2 rebutlah peluang yang terbuka luas untuk kita tergolong antara ahli syurga.Jangan kita mensia-siakan zaman remaja kita dengan perkara yang bercanggah dengan hukum Allah.

Disini saya ingin mengajak diri saya dan juga sahabat-sahabat,berubahlah,berubahlah untuk kebaikan kita dunia dan akhirat dan janganlah terlalu gembira didunia ini kerana dunia adalah hanya sementara,bila-bila masa kita kan meninggal dunia yang kita agung2kan ini..

Seperti firman Allah:

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya'..
surah Al-Qiamat ayat 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan